kopi

faham dan tahu itu beza,
aku faham apa kau rasa,
tapi aku tak tahu apa kau rasa.

pahit kelat memang semua minta jauh,
siapa yang mahu minum empat sudu kopi tanpa gula?
kau akui kau perit,
aku tahu,
aku takkan beri kau lapan sudu kopi tanpa gula pula.

aku masih muda belia,
aku masih mahu bermain-main,
serius itu aku jauhi selama mungkin,
aku tak mahu sorok gula kalau kau suka kopi.

aku mencari hanya satu KAYU,
untuk aku tanam jadi pohon kopi lazat,
tapi masalahnya,
KAYU mana satu aku harus gapai?

yang asyik bersaing?
yang tak mampu disaingi?
yang sukar aku lepaskan,
atau hanya aku perlu ambil yang kecil?
untuk aku beri baja sungguh-sungguh
tanpa kesal kemudian hari.

aku
cuma
nak 
satu.

hilmihisham | aO
2013
(...lama dah aku tak menulis macam ni...)

No comments:

Post a Comment

fill the think tank!