my own domain

finally, 
lepas lama mengidam nak satu domain name dengan nama sendiri
akhirnya berjaya juga aku dapatkan satu
hmm... ohyeah ^___________^


yeay, 
happy tak terkata tu,
yang tambah happy nya tu,
aku dapat percuma jer...
tak tersangka-sangka 
ingatkan lepas dah dapat gaji nanti nak cari la satu domain yang murah-murah
rupa-rupanya, terserempak lak dengan domain free ni
aku terus rembat jer la,
alhamdulillah, dapat!

so, sedikit copy paste blog entry dari domain provider ni :

Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini kami akan memberikan lagi 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.

Kami ingin meminta pertolongan dari anda untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua warga blogger di Malaysia. Anda perlu sebarkan maklumat ini di halaman blog anda untuk membantu blogger lain mendapat peluang besar ini. Untuk maklumat anda, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma.

jadi, kepada sesiapa yang juga teringin domain sendiri macam aku
boleh la cuba daftar di website :
dan gunakan promo code : "belia"
code ni akan kasi korang rebat RM20,
so, kalau korang mohon domain .my untuk setahun (harga RM20)
secara automatiknya pemohonan korang akan jadi percuma!
cuba laa...
aku dah dapat satu hihi

tapi, pemohonan hanya untuk mereka yang mempunya MyKad sekeping
dan berumur 18-45 tahun sahaja
pendek kata,
kalau korang lahir lepas tahun 1995,
mungkin tak boleh kut...
(tapi tak salah mencuba kan)

3 comments:

  1. Salam bro.. Sy ada dapat gak domain ni.. Tapi camna nak setup domain ni ke blogger eh? Bleh tlg tunjukkan x? Trimas..

    ReplyDelete
  2. in syaa Allah saya cuba buat tutorial untuk ini nanti...

    ReplyDelete

fill the think tank!